23 Jan 2013

DOA BELAJAR (Agar ditambah ilmu)

zikir
Menuntut ilmu bagi orang Islam itu sangat penting. Banyak sabda-sabda Rasulullah S.A.W mengenai pentingnya mencari ilmu, sepert: “Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” “Menuntut ilmu adalah kewajipan setiap muslim, lelaki dan perempuan.” “Carilah ilmu, sejak dari buaian sampai ke liang kubur”. Dan banyak lagi. Oleh kerana itu belajarlah selagi muda agar dapat menunai hasilnya apabila telah dewasa. Jangan lupa setiap kali kamu hendak belajar berdoalah terlebih dahulu:


رَضِيْتُ بِالله رَبَّا وَبِالإِسْلاَمِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّاً وَرَسُولاً. رَبِّ زِدْنِي عِلْماً وَارْزُقْنِي فَهْماً

“Aku telah rela Allah Tuhanku, Islam agamaku dan nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah S.W.T. Wahai Tuhan Allah, tambahkanlah ilmuku, dan anugerahilah kepadaku kefahaman terhadap ilmu, Amin
(Ya

Allah, terimalah permohonanku)

No comments:

Post a Comment