23 Jan 2013

DOA KEBAIKAN DUNIA AKHIRAT


وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَ خِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Sebahagian mereka berkata (berdoa): “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab neraka.” (Al-Baqarah : 201)

DOA SESUDAH BELAJAR


اَللَّهُمَّ أَرِنِيْ الْحَقَّ حَقًّاً وَارْزُقْنِيْ اتِّبَاعَهُ وَأَرِنِيْ الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنِيْ اجْتِنَابَهُ. الْحَمْدُلِلهِ رَبِّ الْعَلَمِينَ.

“Ya Allah, perlihatkanlah kepadaku, kebenaran itu sebagai suatu perkara yang benar, dan anugerahilah kepadaku kekuatan untuk mengikuti kebenaran itu. Dan perlihatkanlah kepadaku kesalahan itu sebagai suatu perkara yang salah dan anugerahilah kepadaku kekuatan untuk menjauhi kesalahan itu. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin”

DOA BELAJAR (Agar ditambah ilmu)

zikir
Menuntut ilmu bagi orang Islam itu sangat penting. Banyak sabda-sabda Rasulullah S.A.W mengenai pentingnya mencari ilmu, sepert: “Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” “Menuntut ilmu adalah kewajipan setiap muslim, lelaki dan perempuan.” “Carilah ilmu, sejak dari buaian sampai ke liang kubur”. Dan banyak lagi. Oleh kerana itu belajarlah selagi muda agar dapat menunai hasilnya apabila telah dewasa. Jangan lupa setiap kali kamu hendak belajar berdoalah terlebih dahulu:


رَضِيْتُ بِالله رَبَّا وَبِالإِسْلاَمِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّاً وَرَسُولاً. رَبِّ زِدْنِي عِلْماً وَارْزُقْنِي فَهْماً

“Aku telah rela Allah Tuhanku, Islam agamaku dan nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah S.W.T. Wahai Tuhan Allah, tambahkanlah ilmuku, dan anugerahilah kepadaku kefahaman terhadap ilmu, Amin
(Ya

Allah, terimalah permohonanku)